senyum selalu

Monday, May 24, 2010

Persiapan Perkahwinan

Posted by sakura ilz at 7:38 PM
Salam kepada semua pembaca,
Rasanya dah cukup lama aku x update blog ...hari ni tetibe aku terpanggil untuk menaip semula lepas sekian lama aku meninggalkan dunia blogging aku..act aku saja je nak bercerita suka duka ,pahit getir,susah senang dalam persediaan aku, family aku dalam persiapan perkahwinan aku tanggal 19 June 2010..so sapa yg kenal aku dtg la ye..t aku attach kad kat sini.

Aku tau sapa2 rakan-rakan yg diluar sana yang akan mendirikan masjid x lama lagi merasakan apa yg aku rasa...mmg la org kata dugaan sebelum kahwin mmg sgggggt kuat..Jadi aku nasihatkanlah pada korang2 suma termasuk diri aku supaya sabar hadapi ujian dari ALLAH S.W.T.

Kalau cakap pasal perkahwinan ni mesti org akan terpk pasal hantaran kahwin,wang hantaran, pelamin, baju persandingan,door gift, tema perkahwinan dan macam2 lagi la...kalau dulu aku tgk je kakak2 n abg aku buat macam mana..nampak simple tp lepas aku dah lalui nih sume aku rasakan sgggt leceh benda2 nih semua..tp bg aku org pompuan mesti la lagi leceh heheh sume nk pilih ikut mata sendiri...Aku paling pening bila memikirkan barang hantaran yang perlu dibagi dan apa yang aku perlukan.Tp aku nasihatkan korang yang nak kawen jangan la membazir beli barang hantarn yang pasangan korang x kan guna...jalan yg terbaik ialah  biar dia beli barang dia sendiri korang beli barang korang sendiri..so x de la timbul isu x berkenan la apa pasangan anda ,xsuke la x guna la..kan ke membazir..jadi bile dah beli masing2 punya barang so tukar je la kan untuk dihias atas dulang sume..ini mcam aku buat la ....

Bagi yang x tau apa yang nak diberi aku ada cadangan:
Bagi pihak perempuan kepada lelaki:

1) sirih junjung
2) kek hantaran/cupcakes
3) Jam
4) Seluar
5) t-shirt
6) Kasut
7) Sejadah
8) Coklat/gula2
9) Set perfume
10) kemeja & tie
11) Buah-buahan

Bagi pihak lelaki kepada perempuan:
1) kek/cupcakes
2)buah-buahan
3)kain pasang/baju pasang
4)set make up & skin care
5) set perfume & body lotion esp body shop hehe
6) kasut
7) sirih junjung
8) coklat & gula-gula
9)Handbag & purse

ini le yang aku terpk buat masa nih..so pada sapa yang x de idea nk beli apa leh la rujuk kat sini...act kalau beli buku kat luar sana yang berkaitan hantaran pun sebenarnya banyak bagi idea...so rajin2 la surf internet dan beli buku ye..

nanti ada masa aku upload kan gambar barang2 persediaan untuk barang hantaran aku..

bagi doorgift plak:

aku banyak pilihan sebenarnya tp kalau nk cerita pasal budget mmg la banyak halangan..jadi untuk yang budget nya kecil aku cadangkan berilah:

1) mini mug
2) kotak jerami
3) mini spoon with organza
4) gula-gula atau jajan ini pun dah mencukupi
5) bekas telur
6) try le search google mesti banyak hehehe

macam aku,
doorgift aku ..surprise heheheh t aku upload gambor...hahahhah

persiapan ahli keluarga plak:

Bagi yang perempuan : sepasang kain untuk baju kurung sama warna (akunye warna maroon kot ) so pada majlis tu semua adik beradik aku yg pompuan pakai baju yg sama

Bagi lelaki : Tshirt untuk adik beradik,saudara mara terdekat warna biru (ni pun lari dari tema perkahwinan aku) hahah nk wat camane cr warna hjau punya la payah...abg pali ..u jgn risau u punya pun ada...

3 comments:

diriku on July 9, 2010 at 5:14 PM said...

he2..igtkn empunya blog ni yg wt persiapan nk kawin =]

Anem arnamee on October 22, 2010 at 12:44 AM said...

Salam.

suka baca.lengkap idea:)

Anonymous said...

Hello, Can you translate this blog for me? Is this russian?
[url=http://www.seocean.pl]cennik pozycjonowania[/url]
PS. Sorry off topic ;)

 

INI VILLA SAYA Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez