senyum selalu

Saturday, February 28, 2009

ANA NSEETIK LIRIK & DOWNLOAD

Posted by sakura ilz at 3:29 AM 8 comments
download this song
aNA Nseetik by Amr Mustofa


ana nseetik khalas ma ba'itshi biftikrik w maleet
Ana nseetik niseet anta' hourouf ismik lli habit

Ba'eeti safha fil ammaadi ba'a gharaamik da shi' aadi
W mahma tidafi osaadi ha'oulik bardou ana nseetak
Zaman khutni w batini wala hamik dumua aini
Ha'oulik leih w hashtini kifaya ana yama daheet
W maleet, niseet
Ba'eeti safha fil ammaadi ba'a gharaamik da shi' aadi
W mahma tidafi osaadi ha'oulik bardou ana nseetak
Zaman khutni w batini wala hamik dumua aini
Ha'oulik leih w hashtini kifaya ana yama daheet

Dumua aini khalas ma ba'itshi ti'tilni ma tibkeesh
Ana nseetak walazim tabaadi aani ana haeesh
Hashouf gheirik wadoub tani khalas albi ba'a ashaani
Makaanik mosh fi ahdaani w aasi zay ma aaseet
La youm damaat ana aineiki wala albi isi aleiki
Mayenfashi ar-ragua leiki masheet wayaaki daleet

Ba'eeti safha fil ammaadi ba'a gharaamik da shi' aadi
W mahma tidafi osaadi ha'oulik bardou ana nseetak
Zaman khutni w batini wala hamik dumua aini
Ha'oulik leih w hashtini kifaya ana yama daheet
x2

__________________________________________


I've forgotten you
That's it
I no longer remember you
I've tired of you
I've forgotten you
I've forgotten how to say the letters of your name that I loved

You've become a page of the past
Your passion has become something ordinary
And no matter how weak my intentions become
I will still tell you I've forgotten you
One time you betrayed me and sold me out
And didn't care about the tears of my eyes
I will tell you 'why am I missing you'
Enough, I've sacrificed so much

The tears of my eyes are over
They no longer kill me and cry
I've forgotten you and you must go away so I can live
I will see girls other than you
And melt again
That's it my heart has become mine
Your place is not my embraces
I'm being cruel just as you were cruel
Not a day did I make you cry
Nor was my heart cruel to you
There will no be getting back together with you
I've left you shall remain

Download link : Ana Nseetik by Amr Mustofa

Curiga Meracun Jiwa

Yang terusik hatimu dan yang terguris hatiku
Memendam rasa
Menyimpan kesangsian bagai ada sesuatu
Sengaja kau sembunyikan
Di mana kejujuran janji setia
Pernah engkau lafazkan

Sebelum lebih jauh tidak menjadi keruh
Aku cuba menepis igauan yang menggangu
Tiap baris bicara penuh dengan tanda tanya
Adakah engkau sengaja
Atau cuba menduga
Mungkinkah jua kebenaran menerpa

( korus 1 )
Siang ku resah malam ku menyeksa
Tidak kau tanya dan mengambil kira
Perasaanku yang semakin tertekan
Mengenang sikap mu

( korus 2 )
Aku tak pandai bermadah puisi
Untuk meleraikan curiga
Apatah lagi berpantun seloka
Memujuk jiwa di kala lara

Cukupkah hanya aku menjadi teman berbicara
Usah dibiar curiga kian mendalam meracun hati ini

Yang terusik hatimu yang terguris hatiku
Memendam rasa pilu kian meracun kalbu
Sebelum lebih jauh tidak menjadi keruh
Hapuskanlah segala curiga dalam jiwa

download link : CURIGA MERACUN JIWA MP3


Read More ->>

Friday, February 27, 2009

AL QURAN SEBAGAI PEMBELA...

Posted by sakura ilz at 3:44 AM 1 comments
Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"

Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."
aLLAHUAKBAR
Read More ->>

ANTARA CINTA DAN SUKA

Posted by sakura ilz at 3:43 AM 2 comments
CINTA DAN SUKA
DARI IMAM QUSAYRI,
"MUJAHID ITU IALAH MEREKA YANG BERUSAHA MEMBEBASKAN DIRI DARI KEKANGAN HAWA NAFSU YANG MENJADI SIFAT MANUSIA, DAN BERUSAHA MENGENDALIKAN DIRI SERTA TIDAK MEMPERTURUTKAN KEHENDAKNYA (NAFSU) DALAM KEBANYAKAN WAKTUNYA."

DI HADAPAN ORANG YANG KITA CINTA, HATI KITA AKAN BERDEGUP KENCANG
TAPI DI DEPAN ORANG YANG KITA SUKA, HATI KITA AKAN GEMBIRA
DI DEPAN ORANG YANG KITA CINTA, MUSIM SENTIASA BERBUNGA-BUNGA
DI DEPAN ORANG YANG KITA SUKA, MUSIM ITU CUMA BERANGIN SAHAJA
JIKALAU KITA LIHAT DI DALAM MATA ORANG YANG KITA CINTA, KITA AKAN KAKU
TAPI JIKALAU KITA MELIHAT KE DALAM MATA ORANG YANG KITA SUKA, KITA AKAN
TERSENYUM
DI DEPAN ORANG YANG KITA CINTA, LIDAH KELU UNTUK BERKATA-KATA
DI DEPAN ORANG YANG KITA SUKA, LIDAH BEBAS BERKATA APA SAHAJA
DI DEPAN ORANG YANG KITA CINTA, KITA MENJADI MALU
DI DEPAN ORANG YANG KITA SUKA, KITA AKAN TUNJUKKAN IMEJ YANG SEBENAR
KITA TIDAK BOLEH MERENUNG MATA ORANG YANG KITA CINTA
TAPI KITA SELALU MERENUNG MATA ORANG YANG KITA SUKA
BILA ORANG YANG KITA CINTA MENANGIS, KITA AKAN TURUT MENANGIS
BILA ORANG YANG KITA SUKA MENANGIS, KITA AKAN TURUT MEMBUAT DIA GEMBIRA
PERASAAN CINTA BERMULA DARI MATA
PERASAAN SUKA BERMULA DARI TELINGA
JADI, JIKALAU KITA BERHENTI MENYUKAI SESEORANG YANG KITA SUKA
UMPAMA KITA MEMBUANG TELINGA KITA
TAPI JIKA KITA CUBA MENUTUP MATA
CINTA BERBUAH MENJADI AIRMATA
SETIAP ORANG AKAN MENGALAMI INI DALAM HIDUP MEREKA,

****CUBA FIKIRKAN SIAPA YANG ANDA CINTA DAN SIAPA YANG ANDA SUKA..

NURKASIH ILAHI JADIKAN IMPIAN DIDUNIA CINTAMU
NURKALAM ILAHI JADIKAN HIASAN DISUDUT HATIMU.
Read More ->>

SURAT TERBUKA DARI IBLIS

Posted by sakura ilz at 3:40 AM 0 comments
SURAT TERBUKA DARI IBLIS......

Hai manusia yang tersayang,

Tadi malam waktu akan tidur, aku lihat engkau tidak memuji Allah, tidak berselawat, tidak membaca Ayat Kursi dan Kulhu. Ini bagus sekali kerana waktu akan tidur adalah waktu untuk tidur, bukan untuk membaca Al-Kur'an. Sesungguhnya engkau tidak membuang-buang masa.

Pagi ini aku lihat engkau tidak bangun mengerjakan solat subuh. Bagus sekali ! Engkau telah membuktikan bahwa engkau adalah sahabatku yang budiman. Janganlah engkau susah-susah bangun dan memendekkan tidurnya. Tidurlah dengan nyenyak dan nyaman. Jangan hiraukan suara ayam berkokok yang mengejutkan engkau dari tidurmu. Bila subuh datang menjelang, udara masih dingin, tariklah selimutmu dan tidurlah sayangku seperti puteri kayangan.

Aku lihat engkau jarang-jarang mengambil wudu'. Ini bagus sekali kerana engkau tidak membazirkan air dan tidak meninggikan water bill rumahmu. Aku lihat engkau tak pernah membaca Bismilla sewaktu akan makan. Ini bagus,kerana engkau tidak memenatkan mulutmu. Dan bila sudah kenyang,
engkau tak pernah menyebut Alhamdulillah. Ini bagus juga. Cukuplah engkau sedawa kuat-kuat seperti lembu.

Hai manusia yang kucintai,

Semalam ada seorang peminta sedekah datang ke rumahmu. Engkau menghalau dia suruh pergi tanpa engkau memberikan duit sesen ataupun seteguk air. Ini sangat bagus dan terpuji, kerana engkau tidak membuang-buang duit dan tak membazirkan rezekimu yang melempah-ruah yang diberi Allah kepadamu. Engkau seorang yang jimat cermat. Biarlah rezeki engkau untuk kegunaan engkau seorang, untuk menonton wayang, berholiday di Genting dan membeli kemewahan-kemewahan dunia.

Aku lihat bila engkau bertemu dengan sahabat handaimu, engkau tidak mengucapkan Assalamualaikum. Engkau mengucapkan "Hi Everybody!" Ini bagus juga kerana engkau menunjukkan bahwa engkau mengerti adab resam orang kafir dan engkau mengerti bahasa Inggeris. Tak perlu engkau belajar membaca bahasa Arab kerana ini bukan bahasa antara-bangsa.Engkau telah membuktikan bahwa engkau dan aku adalah sahabat sejati. Sudah tentu engkau adalah seorang yang budiman kepada kaumku.

Duhai manusia,

Di sepanjang Ramadhan ini, telah lemah seleruh urat sendiku,telah terbakar seluruh jasadku,merintih ku kesakitan, bilasetiap kali ku lihat hamba-hambaNya yang penat berpuasa di malam hari dan menghabiskan waktu malam dengan bertarawikh, berzikir dan merintih mengenang dosa-dosanya yang lepas,kerana pintu taubat telah dibuka oleh ALLAH dengan Seluas-luasnya...Namun, aku tetap gembira kerana ada diantara kalian yangmasih sudi menjadi temanku..melepaskan peluang rahmat ALLAH dengan mengucap perkataan yang sia-sia, mengumpat, tidak bertarawikh, malah mencipta persengketaan..aduhai tubuh badanku yang terbelenggu telah segar kembali...cukuplah NAFSU manusia sendiri menjadi penyambung tugasku di
sepanjang bulan yang dirahmati ini...Di akhirat nanti, engkau dan aku dapat berjalan bersama-sama .... kita berpegang-tangan menuju Neraka Jahannam.


Sahabatmu Yang Tercinta,
Iblis Laknatullah
Read More ->>

ERTI CINTA

Posted by sakura ilz at 3:31 AM 0 comments
Zaman muda adalah zaman yang amat istimewa bagi kita. Nikmat kemudaan seharusnya disyukuri dengan cara yang betul. Inilah zaman yang amat mencabar yang akan dipertanggung-jawabkan oleh Allah. Nabi telah bersabda: "Tidak akan berganjak seseorang hamba di hari Kiamat melainkan sesudah ditanya kepadanya tentang 4 perkara:

Tentang umurnya, dimana dihabiskannya, tentang mudanya, apa yang telah dilakukan dengannya, tentang hartanya, dari mana diperolehi dan kemana dibelanjakannya.Dan tentang ilmunya, apa yang telah dilakukan dengannya." (Hadis Tarmuzi)

Orang muda mudah dilamun cinta. Kasih dan cinta pula adalah perasaan yang fitrah bagi manusia. Allah menceritakan tentang perasaan fitrah ini di dalam Al-Quran dengan firmanNya:
"Dihiaskan bagi manusia kecintaan kepada perkara-perkara yang diingini nafsu berbentuk perempuan-perempuan, anak pinak, harta benda yang banyak dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih, binatang-binatang ternakan dan kebun tanaman. Itulah kesenangan hidup di dunia sedangkan di sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya." (Ali-Imran 3:14)

Dalam banyak cinta, cinta kepada Allah itulah yang lebih utama. Cinta Ilahi inilah yang sepatutnya menjadi suluhan kepada cinta-cinta yang lain, apatah lagi cinta di antara lelaki dan perempuan. Terlampau cintakan yang lain daripada Allah, boleh menyemaikan benih-benih syirik di hati.

"Ada di antara manusia yang telah mengambil SEKUTU-SEKUTU SELAIN DARIPADA ALLAH YANG MEREKA CINTAI sebanding kecintaan mereka kepada Allah. Adapun orang yang benar-benar beriman, amat memuncak kecintaan mereka kepada Allah." (Al-Baqarah 2:165)

Ayat ini menceritakan tentang kecintaan / kasih / pemujaan kepada makhluk sehingga kita sanggup menuruti dan mematuhinya dalam melakukan maksiat. Dalam erti kata yang lain, kita utamakan kehendak makhluk daripada kehendak Allah. Ketika itu kita telah syirik kepadaNya. Cinta yang membawa kepada kepatuhan yang membuta tuli amat membinasakan.

Di dalam Al-Hilyah, disebutkan tentang Ummu Sulaim yang pernah dilamar oleh Abu Talhah, sebelum beliau (Abu Talhah) menganuti Islam. Abu Talhah ketika itu cukup kacak dan kaya raya. Jawapan Ummu Sulaim jelas melambangkan keperibadiannya yang tinggi:
"saya cintakanmu. Orang yang sepertimu tidak akan ditolak. Tetapi kamu seorang kafir dan saya tidak boleh berkahwin dengan seorang yang kafir."

Inilah ungkapan hasil daripada suluhan iman dan takwa. Cinta tidak akan menyebabkannya menggadaikan maruah dan harga diri.


Jadi, berhati-hatilah dalam bercinta, jangan sampai tergadai maruah dan harga diri kerananya. Cinta terhadap manusia boleh dikawal jika kita hendak mengawalnya. Landasan yang hendak saya cadangkan untuk pegangan mereka yang sedang bercinta ialah: 'berpesan pesanan di atas kebenaran dan berpesan-pesanan di atas kesabaran.'

Sebenarnya cinta yang paling bermakna ialah cinta selepas berkahwin,bukan sebelumnya! Utamakanlah cinta kepada Allah dengan banyak beribadah, dan juga kecintaan kepada ilmu dengan mengejarnya.Itulah yang lebih mendamaikan dan membahagiakan.

Insan yang tahu menghargai anugerah Allah akan dihargai dan dihormati sepanjang masa.

Moga-moga Allah mencurahkan kasih sayangNya kepada kita semua.
Wassalam.
Read More ->>

PERSONALITI BERDASARKAN TARIKH LAHIR

Posted by sakura ilz at 3:23 AM 2 comments
Kamu mahu tahu personaliti kamu dan juga teman-teman ?. Apa kata kamu semak tarikh lahir dan haiwan yang menjadi penaung kamu.
p/s ini hanya la sekadar renungan sahaja..


Januari 01-09 ~ Anjing
Januari 10-24 ~ Tikus
Januari 25-31 ~ Singa
Februari 01-05 ~ Kucing
Februari 06-14 ~ Merpati
Februari 15-21 ~ Kura-kura
Februari 22-29 ~ Harimau Bintang
Mac 01-12 ~ Monyet
Mac 13-15 ~ Singa
Mac 16-23 ~ Tikus
Mac 24-31 ~ Kucing
April 01-03 ~ Anjing
April 04-14 ~ Harimau Bintang
April 15-26 ~ Tikus
April 27-30 ~ Kura-kura
Mei 01-13 ~ Monyet
Mei 14-21 ~ Merpati
Mei 22-31 ~ Singa
Jun 01-03 ~ Tikus
Jun 04-14 ~ Kura-kura
Jun 15-20 ~ Anjing
Jun 21-24 ~ Monyet
Jun 25-30 ~ Kucing
Jul 01-09 ~ Tikus
Julai 10-15 ~ Anjing
Julai 16-26 ~ Merpati
Julai 27-31 ~ Kucing
Ogas 01-15 ~ Monyet
Ogos 16-25 ~ Tikus
Ogos 26-31 ~ Kura-kura
September 01-14 ~ Merpati
September 15-27 ~ Kucing
September 28-30 ~ Anjing
Oktober 01-15 ~ Monyet
Oktober 16-27 ~ Kura-kura
Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang
November 01-16 ~ Singa
November 17-30 ~ Kucing
Disember 01-16 ~ Anjing
Disember 17-25 ~ Monyet
Disember 26-31 ~ Merpati


Anjing:
Kamu memang seorang yang setia dan manisorangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai. Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.

Tikus:
Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.

Singa:
Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan. Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang lain dengan carayang paling disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan disayangi orang lain. Namun, kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain, jadi berhati-hati.

Kucing:
Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan, kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.

Kura-kura:
Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati. Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cubamenyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan carakamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.

Merpati:
Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun, awas! Kamu mudah jatuh cinta!

HarimauBintang:
Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya. Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. Hmmm...kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung di bawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi, apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut carakamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun, apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari.

Monyet:
Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu suka apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada kamu. Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah monyet memang begitu bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam perniagaan.

credit to : adalah sorang member nih...biar la aku rahsia kan idenditi dia hikhikhik
Read More ->>

Tuesday, February 24, 2009

SEBALIK SEMBAHYANG 5 WAKTU

Posted by sakura ilz at 6:33 AM 1 comments
KISAH RAHSIA DI SEBALIK SEMBAHYANG LIMA WAKTU, PUASA dan SYAFAAT NABI SAW

Ali bin Abi Talib r.a berkata : “Sewaktu Rasullullah S.A.W duduk bersama para sahabat muhajirin dan ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata : ‘ Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat- kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa A.S. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab (terhampir).’

Lalu Rasullullah S.A.W. bersabda: ‘Silakan bertanya.’ Berkata orang Yahudi: ‘Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.’ Sabda Rasullullah S.A.W. : ‘Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada tuhanNya, Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi, Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam A.S., maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.‘ Sembahyang Isya’ itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul-Rasul sebelumku, Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya tiap orang kafir.’

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata: ‘Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang?’ Rasullullah S.A.W bersabda: ‘Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan, sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.’ Sabda Rasullullah S.A.W. lagi: ‘Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.’ Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud: ‘Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan, sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam A.S. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan’. Sabda Rasullullah S.A.W.: ‘Sembahyang Isya’ (attammah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isya’ berjamaah, Allah S.W.T. haramkan dari terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titi sirath.’ Sabda Rasullullah S.A.W. seterusnya: ‘Sembahyang Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan iaitu:

Dibebaskan dari api neraka. Dibebaskan dari nifaq (sifat munafik).
Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata: ‘Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (S.A.W). Kini katakan pula kepada kami semua kenapakah Allah S.W.T. mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?’. Sabda Rasullullah S.A.W.: ‘Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam A.S. selama 30 hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam A.S. berlapar selama 30 hari. Sementara izin makan diwaktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah S.W.T. kepada makhlukNya’. Kata orang Yahudi: ‘Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu.’ Sabda Rasullullah S.A.W.: ‘Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah S.W.T. dia akan diberi oleh Allah S.W.T. tujuh perkara:
Akan dicairkan daging haram yang tumbuh di badannya (daging yang tumbuh dengan makanan yang haram).

Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.

Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.

Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.

Diringan baginya siksa kubur (siksa yang sangat mengerikan).

Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T. pada hari Kiamat untuk menyeberang titian sirath. Allah S.W.T. akan memberinya balasan syurga.’

Kata orang Yahudi: ‘Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu antara semua para nabi-nabi.’ Sabda Rasullullah S.A.W.: ‘Seorang nabi mengunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat).’ Kata orang Yahudi: ‘Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan engkau utusan Allah).’ “Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah : 155)”
Read More ->>
 

INI VILLA SAYA Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez