senyum selalu

Sunday, January 31, 2010

TUTORIAL PASANG NUFFNANG KAT BLOG

Posted by sakura ilz at 5:49 PM 6 comments
act aku buat nih untuk sorang member aku yang baru nak berjinak-jinak dengan nuffnang dia...dah lama dia reg nuffnang tp dia x reti nk letak code NN kat mane..so aku wat nih untuk dia la or sapa2 yang belum tahu...bg yg dah tahu hihikhik tutp mata je la yerk....

aku lebih suke gunakan gambar dari tulis panjang lebar...so hope dapat membantu:


1) Log in NN 
2) Pastikan status "Glitterati"
3) Klik Add Ads dan copy code yang ada disitu
4) Log in Blog anda dan pilih Layout >>>Add a gadget>>>>then pilih  HTML (langkah 3)
5) Paste kot td kat situ
6) Letak kan add NN berdasarkan tempat yg betul .Ada 3 tempat yang perlu di letak..kalau x tahu   jugak..pilih tutorial untuk blogger di bawah Ad placements..rujuk gambar 5
7)Then click save jadi ler..
8) Nk buat floating add??t jap jap lagi aku tambah...aku dah nk pengsan nih 

hikhik....semoga berjaya



ops lupa gambar nih aku guna PHOTOSCAPE cantikkan...so korang leh download kat blog aku installer dia
Read More ->>

Saturday, January 30, 2010

JOM JOIN SCORE A @ DAPAT PIN UNTUK ANAK ANDA

Posted by sakura ilz at 11:18 PM 0 comments

!JANGAN SCROLL DULU....MEH LA BACA SIKIT!


BAYARAN ANSURAN JUGA DIBENAR KAN SEBANYAK 
 4 KALI  BAGI FAMILY YANG KURANG BERKEMAMPUAN


untuk demo sila klik disini untuk ke portal demo : 
Gunakan id login 82828 


kalau berminat boleh hubungi : 0132083267
atau email:kimi_ilmn@yahoo.com


JOM TENGOK APA ITU SCORE A:CLICK SINI UNTUK REVIEW SKIT


Apakah Score A Program?


Score A Program merupakan satu kaedah pembelajaran output yang interaktif berpandukan sukatan pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia yang terbukti berkesan untuk membantu pelajar bersedia menghadapi peperiksaan untuk mencapai keputusan yang cemerlang.


Apakah Pembelajaran Output?

Satu kaedah pembelajaran untuk melatih pelajar mencurahkan serta menggunakan segala ilmu yang dipelajari di sekolah melalui latihan-latihan yang disediakan di Score A Program.
Kaedah pembelajaran output tradisional (seperti buku).

* Kene periksa jawapan sendiri.
* Tidak boleh mengulang soalan.
* Tiada pemantauan masa.
Apakah Pembelajaran Input?

Proses memuat turun maklumat ke dalam sel-sel otak manusia. Proses ini berlaku apabila seseorang pelajar itu menghadiri kelas-kelas di sekolah ataupun kelas-kelas tambahan di pusat tuisyen, membaca, mengulangkaji mahupun menghafal. Kebanyakan pelajar hanya mengamalkan pembelajaran input dan inilah punca utama mengapa mereka hanya mendapat pencapaian yang sederhana di dalam peperiksaan mereka
Mengapa Pelajar Memerlukan Score A Program?

Score A Program telah direka khas secara terperinci sebagai satu kaedah pembelajaran yang sempurna untuk membantu pelajar bagi menghadapi peperiksaan. Dengan mengikuti Score A Program, pelajar boleh menilai kemajuan dan prestasi akedemik mereka sendiri dengan mudah dan lebih berkesan. Dengan ini, mereka boleh menilai sendiri tahap keupayaan, kesediaan dan kefahaman mereka tentang apa yang mereka pelajari di sekolah. Score A Program member peluang kepada pejar untuk membina keyakinan diri dan sikap positif.
Adakah Score A Program Membebankan Pelajar?

TIDAK. Score A bukan satu pengulangan kaedah pembelajaran input. Dengan itu ia tidak akan membebankan pelajar.
Perlukah Pelajar Mengikuti Score A Program Jika Sekarang Mereka Menghadiri Kelas Tuisyen?

PERLU. Tuisyen adalah satu lagi kaedah pembelajaran input. Sebenarnya Score A Program merupakan pelengkap yang baik untuk akedemik pelajar.

Nota: Activation Code & Top-up Code

* 1 Activation Code, berharga RM50, digunakan untuk pendaftaran 1 orang anak, sekali sahaja seumur hidup.
* 1 Top-up Code, berharga RM198 bagi Ahli, RM248 bagi Bukan Ahli, digunakan untuk akses selama 3 bulan, untuk kesemua anak.

PAKEJ BUKAN AHLI RM298

* Pendaftaran untuk 1 orang anak i.e 1 Activation Code (RM50).
* Penggunaan (akses) selama 3 bulan i.e. 1 Top-up Code (RM248).
* Tambahan RM50 bagi pendaftaran setiap tambahan anak ke 2 dan seterusnya, sekali sahaja seumur hidup.
* Top-up RM248 bagi penggunaan semula selama 3 bulan seterusnya bagi kesemua anak.

PAKEJ BUKAN AHLI RM596

* Pendaftaran untuk 1-2 orang anak i.e. 2 Activation Code (RM50 x 2 orang anak).
* Penggunaan (akses) selama 6 bulan i.e. 2 Top-up Code (RM248 x 2 orang anak).
* Tambahan RM50 bagi pendaftaran setiap tambahan anak ke 3 dan seterusnya, sekali sahaja seumur hidup.
* Top-up RM248 bagi penggunaan semula selama 3 bulan seterusnya bagi kesemua anak.

Nota: Pengiraan Kos Pembelajaran Score A Programme™

Kos 1 anak sebulan, untuk semua subjek, 24x7:

* Ada 1 anak = RM298 / 3 bulan / 1 orang = RM99.33 sebulan
* Ada 2 anak = RM596 / 6 bulan / 2 orang = RM 49.66 sebulan
* Ada 3 anak = RM596 + 50 / 6 bulan / 3 orang = RM 35.88 sebulan
* Ada 4 anak = RM596 + 100 / 6 bulan / 4 orang = RM 29.00 sebulan
* Ada 5 anak = RM596 + 150 / 6 bulan / 5 orang = RM 24.86 sebulan

Cukup murah !
Lebih murah daripada harga melanggan Astro !
Lebih murah daripada kos pembelajaran tuisyen i.e. rm30 sebulan untuk 1 orang anak, untuk 1 subjek, 6 jam seminggu.

::Business Plan::

PAKEJ AHLI / USAHAWAN e-BIZ RM596

* Pendaftaran untuk 1-2 orang anak i.e. 2 Activation Code (RM50 x 2 orang anak).
* Penggunaan (akses) selama 6 bulan i.e. 2 Top-up Code (RM248 x 2 orang anak).
* Tambahan RM50 bagi pendaftaran setiap tambahan anak ke 3 dan seterusnya.
* Top-up RM198 bagi penggunaan semula selama 3 bulan seterusnya bagi kesemua anak.
* Untung runcit Top-up RM50 (Harga Ahli RM198, Harga Bukan Ahli RM248)
* Dapat 1 akaun bisnes

PAKEJ AHLI / USAHAWAN e-PARTNER RM1,788

* Harga sebenar RM2,980 i.e. 5 Set Portal SAP x RM596
* Untung runcit / jimat RM1,192
* Untung runcit Top-up RM50 (Harga Ahli RM198, Harga Bukan Ahli RM248)
* Cara balik modal dengan jual produk – 3 Set Portal SAP x RM596 = RM1,788
* Dapat 3 akaun bisnes

PAKEJ AHLI / USAHAWAN e-ENTREPRENEUR RM5,548 + Percuma RM418

* Harga sebenar RM8,940 i.e. 15 Set Portal SAP x RM596
* Untung runcit / jimat RM3,392
* Untung runcit Top-up RM50 (Harga Ahli RM198, Harga Bukan Ahli RM248)
* Percuma 6 keping DVD, 4 Leaflets, 5 Success Module – berharga RM418
* Cara balik modal dengan jual produk – 10 Set Portal SAP x RM596 = RM5,960
* Dapat 7 akaun bisnes

PAKEJ AHLI / USAHAWAN e-MAX RM10,800 + Percuma RM418

* Harga sebenar RM17,880 i.e. 30 Set Portal SAP x RM596
* Untung runcit / jimat RM7,080
* Untung runcit Top-up RM50 (Harga Ahli RM198, Harga Bukan Ahli RM248)
* Percuma 6 keping DVD, 4 Leaflets, 5 Success Module – berharga RM418
* Cara balik modal dengan jual produk – 18 Set Portal SAP x RM596 = RM10,728
* Dapat 11 akaun bisnes


DOWNLOAD INFO LANJUT 
MAKLUMAT LANJUT SILA SMS 0132073267
ATAU EMAIL kimi_ilmn@yahoo.com


Read More ->>

Friday, January 29, 2010

DAPATKAN LEBIH TRAFFIC DENGAN CARA INI..HEHHE

Posted by sakura ilz at 8:38 PM 32 comments

SELAMA AKU BERKECIMPUNG DALAM DUNIA BLOG NIH...INI LA SATU CARA YG AKU BARU NK TRY UNTUK NEK KAN TRAFFIC AKU...BUKAN APA AKU JELES BETUL TGK ORG2 DPT EARNING BANYAK RIBU RUBAN HEHEHE...AKU NIH NAK HARAPKAN BUFFERED EARNING TUH DALAM MIMPI  JER...SO ADA SAPA2 YG BLEH BANTU AKU CARA-CARA NK DAPAT BUFFERED EARNING ?KONSI2 LER

Perkara yang harus anda lakukan adalah mengikuti langkah-langkah berikut:-

1. Tulis posting artikel seperti posting saya ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yg menarik.

2. Anda hanya cuma meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda.

  1.  Lirik Musik Indo
  2.  Asing Music Lyrics
  3.  Free Templates
  4.  Jogja-Blogger
  5.  Tutorial Blogging | Internet Bisnis Online
  6.  pVidia Blog
  7.  Stop Dreaming Start Action (Jonru)
  8.  Bisnis di Internet
  9.  Blogging-Surfer
  10.  Tintalughahwi
  11.  Igauan
  12.  Ad-dai'
  13.  kakngah
  14.  MYTRUELIFE
  15.  villa saye

PERATURAN

1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).

2. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu.
Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,62

YA LEBIH DARI 6 JUTA BACKLINK !!!

Bayangkan jika ini boleh berjalan dengan sempurna maka anda akan mendapatkan backlink maksimum 6,103,515,62 dari berbagai blog yang anda tidak akan pernah membayangkan sebelumnya.Jika ada pengunjung ke blog anda dari Link List yang disebutkan di atas maka anda akan secara automatik mendapatkan lalu lintas ke web / blog anda juga.

Ingat! Aturan permainan,link blog anda harus mulai dari urutan (No.15), sehingga hasil anda dapat Maksimum backlink. Jangan salahkan saya jika anda tidak mengikuti formula ini dengan betul dan link anda tiba-tiba berada di urutan No.1 dan menghilang di daftar link. Jadi mulai urutan adalah di bahagian bawah (No.15).

OK..SELAMAT MENCUBA..SEMOGA SAMA-SAMA BERJAYA.

hihik thx to MYTRUELIFE 


...............
Read More ->>

Wednesday, January 27, 2010

PAKEJ SCORE A~CUKUP MURAH~

Posted by sakura ilz at 11:50 PM 0 comments
Harga Pakej Program Score A

Harga RM596 Cukup Murah


- Pakej 6 bulan, 2 anak belajar bersama = RM596
- Purata Kos = RM49 sebulan
- Purata RM1.60 sehari, ibarat secawan kopi-O
- Semua subjek, semua ciri belajar
- Contoh untuk UPSR, 5 Subjek = Purata setiap subjek cuma RM9.90 sebulan...
- PMR, 7 subjek = Purata setiap subjek cuma RM7.00 sebulan

SILIBUS 

Meliputi 100% sukatan mata pelajaran dan silibus TERKINI Kementerian Pendidikan Malaysia
Mengandungi lebih 250,000 bank soalan yang berkualiti dan sentiasa dikemaskini
Digubal oleh guru-guru pakar mata pelajaran dan penggubal kertas soalan.

Sekolah Rendah (Tahun 1-6) 

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik (Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina)
Sains (Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina)
Bahasa Cina

Sekolah Menengah (Tingkatan 1-3) 

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik (Bahasa Inggeris)
Sains (Bahasa Inggeris)
Bahasa Cina
Sejarah
Geografi

Tingkatan 4 dan 5 – Pelancaran pada 15-Ogos-2009. 

Kesusasteraan:

Bahasa Inggeris
Matematik
Sejarah
Sains
Perdagangan
Prinsip Akaun
Ekonomi Asas

Sains:

Bahasa Inggeris
Matematik
Sejarah
Fizik
Kimia
Biologi

JIKA BERMINAT UNTUK MENDENGAR REVIEW PADA SABTU INI SILA SMS OR CALL 0132083267
Read More ->>

Friday, January 15, 2010

KARANGAN YANG AKU X PAHAM

Posted by sakura ilz at 5:32 PM 8 comments
KARANGAN YG AKU BACA PUN X BERAPA PAHAM HAHAHA





Read More ->>

Thursday, January 14, 2010

RENUNG RENUNGKAN LAH

Posted by sakura ilz at 7:06 PM 3 comments

LINDA DELGADO, seorang anggota polis berpangkat Sarjan di Arizona, Amerika Syarikat. Beliau menerima hidayah Allah dan memeluk agama Islamketika dunia digegarkan dengan isu keganasan. Ikuti kisah beliau bagaimana belia memeluk agama Islam dan suka duka pengalaman beliau.

LIMA tahun yang lalu, usia saya 52 tahun dan merupakan seorang Kristian. Saya bukannya ahli pada mana-mana gereja, tapi sepanjang hidup, saya sentiasa mencari kebenaran. Saya menghadiri banyak gereja dan belajar daripada guru-guru mereka. Semuanya tidak lengkap dan saya menyadari tiada apa yang benar melainkan Allah. Sejak usia saya 9 tahun saya membaca Injil setiap hari. Tidak dapat dikatakan, sejak sekian tahun lamanya, kerap kali saya mencari kebenaran yang hakiki.

Bertahun-tahun lamanya sepanjang pencarian saya untuk kebenaran, saya mempelajari beberapa ajaran agama. Lebih setahun lamanya saya belajar dua kali seminggu bersama seorang paderi Katolik, tapi tidak boleh menerima kepercayaan Katolik. Kemudian selama setahun saya mempelajari Kesaksian Jehovah dan juga tidak dapat menerima kepercayaan mereka. Saya menghabiskan masa hampir dua tahun bersama Mormon dan masih tidak menjumpai kebenaran. Saya pergi ke beberapa gereja Protestan, sesetengahnya selama beberapa bulan, cuba mencari jawapan pada persoalan saya.

Hati saya mengatakan Jesus bukannya Tuhan tapi adalah merupakan Nabi. Hati saya mengatakan Adam dan Hawa bertanggungjawab atas dosa mereka, bukan saya. Hati saya mengatakan saya mesti menyembah Tuhan dan tiada yang lain. Perasaan saya mengatakan saya bertanggungjawab atas usaha baik dan jahat saya dan Tuhan sesekali tidak akan menjelma menjadi manusia untuk memberitahu bukan saya yang dipertanggungjawabkan. Dia tidak perlu hidup dan mati sebagai manusia, kerana Dia ialah Tuhan.

Begitulah kedudukan saya, penuh persoalan dan memohon doa kepada Tuhan untuk pertolongan. Saya begitu takut menghadapi maut tanpa mengetahui kebenaran. Saya berdoa dan terus berdoa.

Saya menerima jawapan daripada paderi-paderi dan mubaligh-mubaligh mengatakan, “Ini ialah satu misteri”.

Saya merasakan Tuhan mahukan manusia masuk ke syurga jadi Dia tidak akan menjadikan ianya satu misteri untuk pergi ke sana, bagaimana untuk menguruskan kehidupan ini, dan bagaimana untuk mengenali Dia. Saya tahu hati saya menyatakan iaitu apa yang saya dengar selama ini tidak benar. Saya tinggal di Arizona, Amerika Syarikat dan pada usia 52 tahun belum pernah bercakap dengan orang Islam. Saya seperti kebanyakan orang Barat, telah membaca banyak melalui media mengenai Islam sebagai agama fanatik dan teroris, jadi saya tidak pernah mengkaji apa-apa buku atau maklumat mengenai Islam. Saya tidak tahu apa-apa mengenai agama tersebut.



PENEMUAN SAYA

Empat tahun yang lalu, saya bersara setelah berkhidmat selama 24 tahun sebagai pegawai polis. Suami saya juga pesara polis. Setahun sebelum kami bersara, saya merupakan seorang sarjan polis dan penyelia. Anggota polis seluruh dunia mempunyai ikatan yang sama, kita panggil sebagai Persaudaraan Penguatkuasa Undang-Undang. Kita sentiasa membantu antara satu sama lain tidak kira polis dari jabatan mana atau negara mana sekalipun.

Tahun tersebut saya menerima satu risalah yang memerlukan bantuan daripada sekumpulan anggota polis dari Arab Saudi yang datang ke Amerika Syarikat untuk belajar bahasa Inggeris di universiti berdekatan dan mengadakan latihan di akademi polis di bandar tempat tinggal saya. Anggota polis dari Arab ini sedang mencari rumah untuk mereka tinggal bersama keluarga angkat bertujuan untuk mereka mempelajari budaya Amerika dan mempraktikkan bahasa Inggeris yang mereka pelajari.

Anak lelaki saya membesarkan cucu perempuan saya sebagai bapa tunggal. Saya membantunya mencari rumah berhampiran rumah kami agar kami dapat menjaga cucu. Saya berbincang dengan suami saya dan kami bersetuju ada baiknya kita membantu anggota polis tadi. Ianya juga merupakan satu peluang untuk cucu saya mempelajari mengenai orang daripada negara lain. Saya diberitahu anak-anak muda tadi beragama Islam dan saya begitu tertanya-tanya.

Seorang jurubahasa dari Arizona State University membawa seorang pemuda Arab bernama Abdul untuk bertemu dengan kami. Kami menunjukkan kepada pemuda tadi bilik tidur dan bilik mandi yang dia akan guna apabila tinggal bersama kami. Saya terus sukakan Abdul. Perwatakannya yang baik dan menghormati orang memikat hati kami!

Kemudian Fahd dibawa ke rumah kami. Dia lebih muda dan pemalu, tapi seorang anak muda yang ceria. Saya menjadi tutor mereka dan kami berkongsi banyak pengalaman kerja kepolisian, mengenai Amerika Syarikat dan Arab Saudi, Islam dan lain-lain. Saya memerhatikan bagaimana mereka saling bantu membantu antara satu sama lain dan juga 16 anggota polis Arab Saudi yang lain yang datang mempelajari bahasa Inggeris.

Sepanjang tahun mereka di sini, saya menghormati Fahd dan Abdul yang tidak membiarkan budaya Amerika mempengaruhi mereka. Mereka ke masjid setiap hari Jumaat, menunaikan solat pada setiap waktu walaupun mereka keletihan, dan sentiasa berhati-hati apa yang mereka makan dan seterusnya. Mereka menunjukkan kepada saya masakan tradisional mereka dan mereka membawa saya ke pasar dan restoran Arab. Mereka begitu baik dengan cucu saya. Mereka sentiasa memberi cucu saya hadiah, berjenaka dan bersahabat. Mereka melayan saya dan suami saya dengan penuh hormat. Setiap hari mereka akan bertanya sekiranya mereka perlu membantu saya membeli barangan di pasar sebelum mereka pergi belajar bersama anggota polis Arab yang lain. Saya mengajar mereka bagaimana menggunakan komputer, dan saya melanggani akhbar Arab online dan mula membuat carian di internet untuk mempelajari lebih mendalam mengenai mereka, budaya mereka dan agama mereka. Saya tidak mahu melakukan perkara yang boleh menyinggung perasaan mereka.

Satu hari, saya menanyakan mereka jika mereka ada Quran lebih. Saya hendak membaca apa yang diperkatakan didalamnya. Mereka membuat permohonan daripada kedutaan mereka di Washington DC dan mendapatkan saya Quran terjemahan bahasa Inggeris, kaset-kaset dan risalah-risalah. Atas kehendak saya, kami mula berbincang mengenai Islam (mereka terpaksa bercakap bahasa Inggeris dan ini menjadi fokus sessi pembelajaran).

Saya mula menyayangi anak muda ini, dan mereka memberitahu saya bahawa sayalah orang bukan Islam yang pertama mereka mengajarkan Islam!

Setelah setahun, mereka menamatkan pengajian mereka serta latihan di akademi polis. Saya telah dapat membantu mereka dalam pengajian kepolisian, kerana saya pernah menjadi jurulatih polis. Saya mengajak ramai kawan-kawan polis mereka ke rumah saya untuk menyiapkan projek universiti dan mempraktikkan bahasa Inggeris. Seorang daripada mereka membawa isteri ke Amerika, dan saya diajak ke rumah mereka. Mereka begitu baik dan saya berbicara dengan isterinya mengenai pakaian Islam, wudhu dan perkara lain.

Seminggu sebelum “anak-anak angkat” saya pulang ke Arab Saudi, saya merancang untuk mengadakan jamuan makan malam dengan hidangan tradisional mereka (saya membeli separuh daripadanya kerana tidak tahu memasaknya). Saya membeli hijab dan baya (gaun panjang). Saya hendak mereka pulang mengingati saya memakai pakaian wanita Islam yang sempurna.



MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH

Sebelum kami mula hendak makan, saya mengucapkan dua kalimah syahadah. Anak-anak muda tadi menangis dan ketawa dan ia sungguh istimewa sekali. Saya percaya dalam hati saya, Allah telah menghantar anak-anak muda ini sebagai membalas jawapan saya dalam doa-doa saya selama ini. Saya percaya Allah telah memilih saya untuk melihat kebenaran pada cahaya Islam. Saya percaya Allah telah menghantar Islam ke pintu rumah saya. Saya memuji-Nya atas sifat keampunan, penyayang dan pengasih-Nya kepada saya.



PENGEMBARAAN SAYA DALAM ISLAM

Anak-anak angkat Arab saya pulang ke kampung halaman mereka seminggu selepas saya memeluk agama Islam. Saya amat rindukan mereka, tapi masih terasa gembira. Saya telah menghadiri masjid berdekatan tempat tinggal saya sebaik sahaja saya memeluk agama Islam dan mendaftarkan diri saya sebagai seorang Islam. Saya menjangkakan sambutan yang baik daripada masyarakat Islam tempatan. Saya menyangka semua orang Islam adalah seperti anak-anak angkat saya yang telah bersama saya setahun yang lalu. Keluarga saya masih dalam keadaan terperanjat! Mereka menyangka saya akan berpegang pada agama baru ini hanya untuk sementara waktu, menjadi tidak ketentuan, dan beralih ke agama lain, seperti mana yang saya lakukan sebelum ini. Mereka begitu hairan dengan perubahan pada kehidupan harian saya. Suami saya seorang yang serba boleh, jadi dia membeli makanan halal apabila saya katakan kita akan makan makanan halal dan menjauhkan makanan haram, dia setuju.

Perubahan seterusnya ialah mengalihkan semua gambar manusia dan gambar haiwan daripada semua bilik di rumah kami. Satu hari apabila suami saya pulang kerja dia mendapati gambar-gambar yang digantung di dinding sebelum ini, telah disusun dalam album. Dia hanya melihat tanpa sebarang komen. Seterusnya saya menulis surat pada keluarga saya yang bukan Islam dan memberitahu mereka keadaan saya dan menjelaskan bagaimana ianya tidak akan mengubah hubungan kekeluargaan. Saya menerangkan sedikit asas Islam. Keluarga saya tetap dengan pendirian mereka, dan saya meneruskan usaha belajar sembahyang dan membaca Quran. Saya menjadi aktif dalam kumpulan wanita Islam melalui internet dan ini memudahkan pembelajaran saya.

Saya juga menghadiri kelas asas Islam di masjid apabila saya tidak bekerja. Saya masih seorang sarjan polis ketika itu dan ianya adalah sukar – sebenarya mustahil untuk bertudung. Ini begitu menggusarkan saya dan amat saya bimbang. Hanya lapan bulan lagi dan saya boleh bersara, jadi saya membuat permohonan, lalu dibenarkan untuk bekerja tiga hari seminggu untuk saya membuat perancangan dan projek penyelidikan.

Enam bulan berlalu, muslimah di masjid tidak begitu mengendahkan saya. Saya merasa kecewa. Saya terasa seperti orang luar. Saya jadi keliru. Saya cuba bergiat aktif dalam komuniti bersama segelintir muslimah yang baik dengan saya. Saya tercari-cari mereka yang baik hati, setia kawan dan sikap yang baik yang ditelah ditunjukkan oleh anak-anak muda polis Arab pada setiap hari.

Saya melakukan banyak kesilapan di masjid, seperti bercakap di tempat sembahyang. Saya pergi ke majlis komuniti dan makan dengan menggunakan tangan kiri; saya menggunakan ‘nail polish’ dan telah dimarahi. Saya mengambil wudhu dengan cara yang salah dan dipandang serong. Saya menjadi lemah semangat.

Pada satu hari saya menerima bungkusan daripada kawan muslimah saya yang saya kenal melalui internet. Dalam bungkunsan tersebut terdapat beberapa abayas, hijabs, stokin sutera dan sekeping nota yang mengalu-alukan kemasukan saya ke dalam agama Islam. Wanita ini daripada Kuwait. Seterusnya seorang muslimah yang baik hati mengirimkan telekung dan sejadah yang dia buat sendiri. Wanita baik ini tinggal di Arab Saudi.

Saya menerima e-mel yang saya sentiasa ingat apabila saya terasa seperti orang asing. Nota dalam e-mel tersebut berbunyi: “Saya merasa gembira anda memeluk agama Islam, sebelum saya menemui ramai orang Islam”. Ini bukanlah penghinaan. Ianya adalah peringatan iaitu Islam itu sempurna dan kita sebenarnya orang Islam yang tidak sempurna. Sepertimana diri saya sendiri yang mempunyai kelemahan, begitulah juga saudara-saudara Islam saya yang lain.

Saya juga mula memahami apa yang saya percaya sebagai anugerah Allah pada umat Islam: iaitu persaudaraan dalam Islam.

Empat tahun berlalu, kehidupan saya berubah dengan begitu ketara. Keluarga saya telah menerima dengan rasa baik dan toleran yang saya adalah seorang Islam dan akan sentiasa berada dalam keIslaman. Segala puji bagi Allah yang telah menguji saya yang memeluk Islam dan berhadapan dengan keluarga yang berusaha untuk mengeluarkan saya daripada Islam.

Beransur-ansur, saya mendapat kawan setempat dan melalui ruangan siber, ramai kawan-kawan muslimah saya telah menjadi keluarga Islam saya yang membantu, mengasihi dan menjalinkan persahabatan. Penghujung tahun pertama saya memeluk Islam, saya telah jatuh sakit dengan penyakit yang membahayakan. Saya berpegang teguh pada tali Islam dan bersyukur dengan pemberian teh biji hitam dan air zam-zam serta doa daripada sahabat saya serata dunia.

Setelah keadaan kesihatan saya bertambah teruk saya menjadi lemah. Saya terpaksa memberhentikan kerja komuniti dan terpisah daripada komuniti Islam setempat. Saya berusaha keras dalam solat saya, menghadapi kesukaran untuk menyebut perkataan Arab, tapi tidak pernah putus asa. Guru yang mengajar Islam membuat beberapa kaset, dan sahabat saya membawanya ke rumah saya. Setelah dua tahun, saya telah belajar empat surah daripada Quran. Ini mungkin nampak sedikit pada kebanyakan orang Islam, tapi untuk saya ianya adalah suatu pencapaian yang besar. Saya belajar memahami ayat-ayat yang diucapkan didalam solat, perjuangan selama dua tahun.

Tahun ketiga keIslaman saya, saya terkena serangan sakit jantung dan terpaksa melalui pembedahan jantung. Ianya waktu yang begitu sedih untuk saya, kerana saya tahu saya tidak akan dapat menyentuh dahi saya ke lantai ketika solat, tapi akan selamanya terpaksa duduk atas kerusi untuk menunaikan solat. Pada masa inilah saya memahami kemudahan yang Allah berikan dalam ibadah. Bersembahyang secara duduk di atas kerusi adalah dibolehkan; tidak berpuasa apabila keuzuran adalah dibolehkan. Saya tidak merasakan keIslaman saya kurang apabila saya melakukannya dalam keadaan yang demikian.

Setelah menziarahi beberapa buah masjid, ianya adalah seperti Mini Bangsa-Bangsa Bersatu, saya dapat melihat beberapa kumpulan kecil di masjid yang terhasil mengikut bahasa dan budaya bukannya disebabkan oleh suka atau tidak suka pada seseorang. Saya merasa senang walaupun terdapat banyak perbezaan, saya sentiasa boleh mendapatkan ucapan “Assalamualaikum” dan senyuman.

Kemudian, saya mula berkenalan dengan mereka yang memeluk Islam seperti saya. Terdapat banyak persamaan antara kita – kami menghadapi ujian yang sama, seperti ahli keluarga yang bukan Islam, kesukaran menyebut perkataan Arab, terasa kesunyian pada hari perayaan Islam, dan tidak mempunyai ahli keluarga untuk berbuka pada bulan Ramadhan. Adakalanya keIslaman kami akan mengakibatkan sahabat lama kita yang tidak boleh menerima perubahan pada diri kita, atau disebabkan oleh aktiviti yang kita tidak dapat bersama dengan mereka yang bukan Islam seperti menari serta pergaulan bebas lelaki dan perempuan.

Apabila saya tidak berupaya melakukan khidmat komuniti, saya berusaha dengan cara lain untuk kebaikan komuniti Islam. Saya berterusan memohon pertolongan Allah dalam hal ini.

Pada satu hari, cucu saya mencadangkan agar saya menulis buku mengenai anak-anak angkat saya daripada Arab Saudi, Islam dan pengalaman keluarga saya dengan Islam. Saya membuat keputusan untuk menulis buku dan termasuk juga cerita mengenai sekumpulan gadis, Islam dan bukan Islam. Cerita tersebut termasuklah masalah yang dihadapai oleh anak gadis di sekolah dan di rumah dan saya akan menggunakan pengetahuan saya dalam Islam sebagai panduan untuk karektor dalam buku tersebut. Saya mula menulis beberapa siri buku yang dipanggil “Islamic Rose Books”. Saya membentuk kumpulan penulis wanita Muslim dan penulis aspirasi dan seterusnya terhasillah persatuan Islamic Writers Alliance (Perikatan Penulis Islam). Perikatan ini ialah organisasi antarabangsa yang memberi sokongan untuk penulis wanita Islam dan penulis aspirasi. Matlamat utama kami ialah untuk mempromosi hasil kerja kami kepada para pembaca dan penerbit.

Saya juga membuat keputusan untuk membantu dua Tabung Makanan Islam dengan cara membantu mereka membuat pangkalan data yang digunakan untuk tujuan inventori, pelanggan, dan untuk menghasilkan lapuran yang diperlukan untuk tujuan penajaan serta pembiayaan. Saya juga membuat keputusan iaitu saya akan membelanjakan sebahagian besar keuntungan hasil jualan buku tersebut untuk membeli buku dan ditempatkan di perpustakaan kanak-kanak. Saya dapati banyak perpustakaan yang mempunyai banyak ruangan kosong ditempat buku kanak-kanak Islam.

Banyak lagi yang saya perlu pelajari mengenai Islam. Saya tidak pernah jemu membaca Quran dan saya gemar membaca kisah-kisah mengenai tokoh-tokoh Islam yang unggul. Apabila saya merasa ragu-ragu dalam sesuatu perkara, saya akan merujuk pada sunnah Rasul s.a.w. Saya akan melihat bagaimana Baginda saw akan bertindak dalam sesuatu situasi dan saya akan menjadikannya sebagai panduan.

Pengembaraan saya dalam Islam akan berterusan, dan saya sentiasa mengharapkan pengalaman-pengalaman baru. Saya bersyukur kepada Allah atas sifat keampunan-Nya dan sifat penyayang-Nya




Read More ->>

Tuesday, January 12, 2010

Download - Quran Flash with Tajwid

Posted by sakura ilz at 5:26 AM 1 comments

Quran Tajweed Flash is an offline Mushaf created in Flash. It has the following features:

1) A realistic feeling of turning the pages accompanied by sounds to emulate the real life experience of turning a page

2) Navigation features including turning 10 pages backward or 10 pages forward and navigating to the page number

3) Navigation by Juz’ number and Surat name

4) Tajweed marks for correct recitation

5) Ability to navigate using the keyboard as well as the mouse


Download Link : Quran Flash

Read More ->>
 

INI VILLA SAYA Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez